Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Minum Petang Dengan Muffin & Ini Resepi Apple Crumble Muffin

989

Sekali sekala kita minum petang dengan makanan barat pula.

Nak makan apa pula dengan menu makanan barat? Apa kata kali ini kita makan muffin dengan teh o panas atau kopi o panas pula.

Dapatkan resepinya disini dan jom kita buat dan nikmati kesedapan Apple Crumble Muffin.

APPLE CRUMBLE MUFFIN

Untuk pengetahuan anda semua, Apple Crumble Muffin ini sangat sedap dimakan bukan sahaja pada waktu petang, malah sangat sesuai dimakan pada waktu pagi.

Mengapa ianya dikatakan sangat sedap dimakan pada waktu pagi dan petang?

Ini kerana Apple Crumble Muffin ini disediakan dengan kombinasi epal dan kayu manis seterusnya dimasak dengan suhu yang bersesuaian. Pastinya ia membangkitkan bau yang sangat harum dan menyelerakan.

Sedap!

Baca juga: Tak Perlu Pergi Kelantan Kalau Nak Makan Mee Celop Kelantan & Ini Resepinya

RESEPI APPLE CRUMBLE MUFFIN

Nak try buat Apple Crumble Muffin ke tu?

Dapatkan dahulu bahan-bahan untuk menyediakan Apple Crumble Muffin seperti berikut:

Bahan untuk muffin:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji epal, dipotong kiub
  • 2/3 cawan susu full cream

Bahan untuk topping:

  • 1/3 cawan gula perang
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu besar mentega

CARA PENYEDIAAN APPLE CRUMBLE MUFFIN

Setelah siap semua bahan-bahan untuk menyediakan Apple Crumble Muffin, berikut adalah cara penyediaannya:

Cara untuk muffin:

  • Di dalam mangkuk, ayak tepung serbuk penaik, garam dan baking soda.
  • Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan vanila kemudian diikuti tepung sedikit demi sedikit.
  • Tuangkan separuh susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan epal dan tuangkan lagi sedikit demi sedikit baki susu sehingga adunan sebati.
  • Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan dengan crumd topping.
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170-180 celcius selama 18-25 minit.

Cara untuk crumb topping:

  • Satukan gula perang dan tepung. Kemudian gaulkan bersama butter dan serbuk kayu manis.
Macam mana nak tahu muffin ini telah masak dengan sempurna? cucuk dengan lidi dan bersihkan setelah ditarik keluar.
Minum Petang Dengan Muffin & Ini Resepi Apple Crumble Muffin
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...