Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Elaun Baru Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Kini RM2,000 Sebulan

Sepanjang program latihan SL1M pelatih bakal menerima elaun RM2000 setiap bulan.

0 2,395

Ada berita baik Khas untuk graduan menganggur yang berminat menyertai Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) atau program SL1M. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan berita gembira kepada pelatih Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dimana elaun telah dinaikkan kepada RM2000 daripada RM1500 sebelum ini.

Berita tersebut disampaikan oleh beliau ketika merasmikan Program Temuduga Terbuka SL1M
Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang turut berada
di situ, kenaikan elaun tersebut akan berkuat kuasa pada tahun ini namun masih tak menetapkan
tarikh sebenar.

Di bawah sedikit info kepada semua graduan yang masih belum tahu apa sebenarnya program SL1M.

APA ITU SL1M?

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

KUMPULAN SASARAN SL1M

i – Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.
ii – Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

STRUKTUR LATIHAN SL1M

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

Sepanjang program latihan SL1M inilah pelatih akan menerima elaun RM2000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...