Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Permohonan Jawatan Anggota JPJ Bagi Lepasan SPM dan STPM Serta Pemegang Ijazah Untuk Lelaki Dan Wanita

0 4,266

Kajian menunjukkan bahawa warganegara Malaysia sangat menggemari pekerjaan dalam sektor kerajaan. Buktinya, SPA telah menerima sebanyak lebih daripada satu juta permohonan tahun lepas bagi jawatan-jawatan dalam sektor kerajaan yang mereka tawarkan. Pelbagai jawatan daripada pelbagai jabatan serta kementerian ditawarkan oleh SPA.

Salah satu jabatan kerajaan yang menawarkan peluang pekerjaan adalah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jawatan ini dibuka kepada lepasan SPM dan STPM serta pemegang ijazah dan juga terbuka tidak kira kepada lelaki mahupun perempuan.

Anda yang berminat bolehlah memohon jawatan ini. Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan juga dibuka sepanjang tahun, bermakna anda boleh buat permohonan pada bila-bila jika tiada pengumuman tarikh permohonan ditutup oleh SPA.

Ambilan bagi jawatan ini juga dijalankan sepanjang tahun. Bagi tahun ini, ambilan belum dibuka dan akan dibuka kelak apabila terdapat kekosongan jawatan. Tempoh permohonan anda juga sah sehingga satu tahun.

Dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan-jawatan di bawah JPJ, syarat-syarat kelayakan memohon serta bidang tugas bagi setiap jawatan yang ditawarkan JPJ dalam artikel ini.

jpj2

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN OLEH JPJ

Berikut merupakan senarai jawatan yang ditawarkan oleh JPJ.

  • Pemeriksa Kereta Motor AB19
  • Pembantu Penguatkuasa KP19
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  • Pegawai Penguatkuasa KP41

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN ANGGOTA JPJ

Teliti syarat-syarat kelayakan dan pastikan anda telah memenuhi semua syarat tersebut terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan bagi jawatan ini. Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan:

1.) Pemeriksa Kereta Motor

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf serta berpengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan. (Gaji: RM1,362.00)
  • Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan. (Gaji: RM1,362.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,420.12)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,478.24)

2,) Pembantu Penguatkuasa KP19

  • Berumur kurang daripada 18 tahun ketika tarikh permohonan ditutup.
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,360.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera dan berpangkat sekurang-kurangnya Prebet atau Konstable atau yang setaraf dengannya dan jawatan tersebut telah disahkan, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan mempunyai kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji: RM1,360.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,416.40)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,472.80)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

3.) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki STAM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan telah disahkan jawatan tersebut serta rekod perkhidmatan baik.
  • Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,770.95)
  • Memiliki Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,846.15)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

3.) Pegawai Penguatkuasa KP41

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh permohonan tamat.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,081.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat skurang-kurangnya Inspektor atau Leftanen Muda atau setaraf dengannya dan telah disahkan jawatan serta rekod perkhidmatan baik. (Gaji: RM2,081.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,285.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,387.21)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang perikanan, pertanian dan holtikultur yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,390.37)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

Syarat Permohonan Secara Lantikan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

BIDANG TUGAS ANGGOTA JPJ

Selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, anda juga perlu mengetahui bidang tugas bagi setiap jawatan di bawah JPJ sebelum anda memohon jawatan ini. Antara bidang tugas tersebut adalah seperti berikut:

1.) Pemeriksa Kereta Motor AB19

  • Menjalankan pemeriksaan untuk pastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

2,) Pembantu Penguatkuasa KP19

  • Membantu membuat operasi penguatkuasaan, menyedia statistik penguatkuasaan, menyedia rekod operasi dan pendakwaan dan tugas lain yang diarahkan pihak atasan.

3.) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

  • Membuat pemerisaan ke atas premis-premis yang menawarkan khidmat sewa untuk memastikan premis tersebut mengikut garis panduan peraturan.
  • Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu.
  • Membantu menguruskan Pentadbiran Am dan kewangan bagi JPJ bahagian/negeri.

4.) Pegawai Penguatkuasa KP41

  • Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap pentadbiran am dan pelaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat cawangan/unit.
  • Menguatkuasa Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Untuk Dagangan 1987 serta kaedah pengangkutan jalan. Memberi khidmat nasihat dan memenuhi keperluan kepada stakeholders.

CARA MEMOHON JAWATAN ANGGOTA JPJ

Untuk mengemukakan permohonan, anda bolehlah layari laman web rasmi SPA dan anda perlu mengisi permohonan secara online. Klik link di bawah untuk memohon.

permohonan anggota JPJ 1

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA JPJ

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan ini, anda bolehlah layari laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi JPJ. Klik link di bawah untuk terus ke laman web rasmi tersebut.

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/home

portal rasmi spa

Laman web rasmi JPJ: http://www.mot.gov.my/en

jpj

Bagi anda yang berminat, kemukakanlah permohonan dengan segera. Ambillah peluang ini. Kami mendoakan kejayaan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...