Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Teringin La! Ini Resepi Tauhu Begedil Dengan Sambal Kicap Yang Sedap Gile!

1,141

Petang-petang ni kalau makan tauhu begedil dengan sambal kicap memang sedap gile ni!

Apatah lagi kalau buat sendiri, pastinya makan berulang-ulang sebab lebih sedap daripada beli di kedai.

Kalau nak buat, dikongsikan resepi Tauhu Begedil dan Sambal Kicap paling sedap untuk anda. Try dan boleh buat untuk minum petang ini.

TAUHU BEGEDIL & SAMBAL KICAP

Kata orang, tahu begedil ini kesedapannya adalah dari intinya. Ya, memang betul, tetapi pastikan tauhu yang anda dapatkan adalah tauhu yang segar dan bukan tauhu yang lama.

Seterusnya, sambal kicap yang sedap merupakan satu bonus dan bergabung dengan tauhu begedil yang anda siapkan, memang meletup juadah minum petang anda hari ini.

RESEPI TAUHU BEGEDIL & SAMBAL KICAP

Dah! Jangan tunggu lagi. Inilah resepi Tauhu Begedil dan Sambal Kicap untuk anda.

Apa bahan-bahan untuk siapkan Tauhu Begedil dan Sambal Kicap? Tengok disini ya!

Bahan-Bahan Tauhu Begedil

  • 300g / 25-30 biji tauhu kering
  • Biji bawang besar
  • 150g daging kisar
  • 6 hingga 7 biji kentang
  • 3 tangkai cili merah
  • Sedikit daun sup
  • Cawan bawang goreng
  • Sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • Secubit garam

Bahan-Bahan Sambal Cili Kicap

Bahan-bahan untuk sambal cili kicap yang sedap gile pulak:

  • Biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 hingga 6 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • Sedikit minyak
  • Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
  • Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang

Semua bahan dah ada ke? Kita lihat pula cara penyediaan Tauhu Begedil dan Sambal Kicap pula.

CARA PENYEDIAAN

Kita bahagikan cara penyediaan kepada dua bahagian iaitu:

Penyediaan Tauhu Begedil

  • Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
  • Cincang halus daun sup dan cili merah.
  • Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
  • Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
  • Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
  • Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
  • Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
  • Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
  • Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
  • Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
  • Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
  • Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
  • Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
  • Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
  • Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.

Penyediaan Sambal Kicap

  • Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
  • Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
  • Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
  • Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
  • Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.

Untuk dapatkan tauhu begedil yang sedap, anda boleh ikuti tips seperti dibawah:

Bawang boleh diletakkan dibawah kipas selepas ditos jika tidak pandai mengagak masa mengangkatnya.
Bersihkan kentang yang tidak dikupas kulitnya. Hiris nipis agar kentang cepat masak.
Kentang yang digoreng lebih sedap berbanding kentang yang direbus.
Teringin La! Ini Resepi Tauhu Begedil Dengan Sambal Kicap Yang Sedap Gile!
Kalau anda ingin memasak masakan yang lain, sila dapatkan resepinya seperti dibawah:
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...