Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP)

2,267

Mulai Februari 2021, pelajar dari institusi pengajian MARA boleh membuat permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP) untuk pembelian komputer untuk kegunaan mereka.

Ia juga bertujuan memudahkan pelajar mempunyai komputer sendiri untuk mengikuti pengajian secara dalam talian serta mempunyai masalah kewangan selain untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Baca juga: SMUE 2.0: Baucer RM100 Warga Emas & OKU Cara Daftar Skim Mesra Usia Emas SMUE

Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui cara permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP).

TARIKH PERMOHONAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (SKIP)

Tarikh permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP) ialah:

  • 12 hingga 31 Julai 2021

Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP)

AMAUN PINJAMAN

Amaun pinjaman maksimum ialah:

  • RM3,000
Nota: Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

INSTITUSI PENDIDIKAN MARA TERLIBAT SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (SKIP)

Antara institusi pendidikan MARA yang terlibat dengan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP) ialah:

  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
  • Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)

SYARAT KELAYAKAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (SKIP)

Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:

  • Persediaan / Pra Universiti
  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)

2. Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun
  • Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun
  • Ijazah Sarjana Mudah: Tidak melebihi 45 tahun

3. Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.

4. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.

5. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja / pihak lain.

BORANG PERMOHONAN ONLINE

Anda boleh membuat permohonan secara online melalui pautan di bawah:

BORANG PERMOHONAN SKIP

Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA (SKIP) sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...