Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Internet Slow Sangat? Ini Cara Report Kepada SKMM & Tiada Lagi Masalah Internet

3,201

Sedang sibuk melayari internet ketika bekerja dari rumah, anak-anak turut mengadu bahawa mereka kelas online mereka turut tergendala akibat gangguan internet.

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk melancarkan kembali pembelajaran anak-anak secara online serta urusan kerja yang dilakukan dari rumah?

Tidak mungkin anda perlu membeli modem yang baru dan sebagainya. Tetapi pihak SKMM telah memberikan cara yang betul sebagai panduan untuk anda membuat aduan sekiranya mempunya masalah internet dikawasan anda.

CARA REPORT MASALAH INTERNET KEPADA SKMM

Untuk membuat report mengenai masalah internet yang berlaku, anda hanya perlu membuat aduan seperti berikut:

  • Buat aduan kepada syarikat telekomuni atau penyedia internet terlebih dahulu.
  • Jika tiada maklumbalas, sila buat aduan ke portal Aduan SKMM di 1800 188 030 atau https://aduan.skmm.gov.my/.

Internet Slow Sangat? Ini Cara Report Kepada SKMM & Tiada Lagi Masalah Internet

  • Klik ADUAN BARU.
  • Isikan maklumat dengan tepat.
  • Upload dokumen jika ada.
  • Masukkan SIMBOL dan tandakan √ pada kotak pengesahan maklumat.
  • Seterusnya klik HANTAR / SUBMIT.
  • SKMM akan mengambil tindakan dengan memberi masa selama 3 hari untuk membalas aduan pengguna.
  • Jika syarikat telekomunikasi gagal menyediakan laporan, mereka akan didenda.

Internet Slow Sangat? Ini Cara Report Kepada SKMM & Tiada Lagi Masalah Internet

JENIS REPORT YANG BOLEH DILAKUKAN

Jenis report yang boleh anda adukan ialah:

  • Telekomunikasi
  • Penyiaran
  • Perkhidmatan Pos/kurier
  • Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)

BANTUAN GAJET & INTERNET

Terdapat beberapa bantuan gajet dan internet disalurkan kepada pelajar dan orang ramai seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat seterusnya dan buat aduan anda di:

  • JABATAN PERLINDUNGAN DAN BIRO ADUAN PENGGUNA
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
    MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Talian Aduan : 1800 – 188 – 030
  • Faksimili : 03 – 8688 1880
  • SMS : SKMM ADUAN [Butiran Aduan] SMS ke 15888
  • WhatsApp Tip-Off MCMC: 016 – 220 6262
  • Emel: [email protected]
  • Laman Web: https://www.skmm.gov.my
  • Masa Operasi: 08:30pg-05:30ptg Isnin – Jumaat
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...