Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jawatan Kosong Personel MySTEP Di Politeknik Balik Pulau. Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini

3,142

Jika anda ingin menambahkan pengalaman dalam bidang pekerjaan dan masukkan ke dalam resume, pohon jawatan sebagai Personel MySTEP dengan segera seperti yang ditawarkan oleh Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Terdapat pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan MySTEP dan graduan yang baru menamatkan pengajian juga sangat dialu-alukan untuk memohon pelbagai jawatan yang diiklankan.

Apakah syarat lantikan jawatan dan cara membuat permohonan? Anda boleh membuat semakan syarat dan cara memohon melalui perkongsian ini seterusnya buat permohonan dengan segera.

JAWATAN PERSONEL MYSTEP POLITEKNIK BALIK PULAU

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Politeknik Balik Pulau telah menawarkan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menimba pengalaman bekerja di Politeknik Balik Pulau sebagai Personel MySTEP berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup untuk permohonan adalah pada:

  • 19 Februari 2021

SYARAT KELAYAKAN JAWATAN PERSONEL MYSTEP

Syarat kelayakan bagi jawatan Personel MySTEP adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan setaraf dengannya.
  • Memiliki keputusan (sekurang-kurangnya Gred C) dalma subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM.
  • Mempunyai minat untuk bekerjaya.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon.

GAJI YANG DITAWARKAN

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Personel MySTEP ini ialah:

  • RM1,600 termasuk caruman KWSP dan PERKESO

Rujuk kadar upah Personel MySTEP mengikut kelayakan akademik berikut:

Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik Upah (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda 2,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia 1,400

MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:

  • Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

CARA MOHON JAWATAN PERSONEL MYSTEP POLITEKNIK BALIK PULAU

Untuk membuat permohonan sila emel ke:

Sertakan bersama:

  • Resume berserta gambar berukuran passport
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan kad pengenalan

Contoh emel untuk mohon jawatan Personel MySTEP:

Nota: Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan atau panggilan selepas 7 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Jawatan Kosong Personel MySTEP Di Politeknik Balik Pulau. Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini

UPDATE TERKINI MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...