Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

OKU & Peserta Return To Work Dipelawa Mohon Program Temuduga Khas Secara Online. Pelbagai Keistimewaan Menanti Anda

1,314

Pejabat PERKESO Negeri Johor mempelawa golongan OKU dan peserta Return to Work untuk mengikuti Program Temuduga Khas yang akan diadakan secara online.

Jadi, golongan OKU dan peserta Return to Work tidak dipinggirkan untuk mendapatkan pekerjaan sepanjang program ini diadakan.

Buat pra pendaftaran seterusnya memilih jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman anda. Jangan sampai terlepas peluang, ya!

INFO RINGKAS PROGRAM TEMUDUGA KHAS OKU & PESERTA RETURN TO WORK

Berikut adalah beberapa maklumat Program Temuduga Khas OKU dan peserta Return to Work untuk rujukan anda:

  • Tarikh: 28 Oktober 2021
  • Hari: Khamis
  • Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 Petang

Baca juga: RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH

KAEDAH TEMUDUGA

Semua peserta akan ditemuduga secara online sahaja iaitu dengan menggunakan medium seperti berikut:

  • Aplikasi Cisco Webex
  • Aplikasi Whatsapp
Nota: Pautan temuduga akan diberikan setelah pra pendaftaran calon berjaya diterima.

SENARAI MAJIKAN TERLIBAT PROGRAM TEMUDUGA KHAS OKU & PESERTA RETURN TO WORK

Walaupun terdapat 4 majikan yang terlibat dengan Program Temuduga Khas OKU dan peserta Return to Work, namun terdapat banyak jawatan yang ditawarkan kepada pencari kerja di luar sana.

Majikan yang terlibat ialah:

  • Lotus Seaview Beach Resort & Spa
  • Lotus Desaru Beach Resort & Spa
  • Flextronics Technology Sdn Bhd
  • Sweet Seventeen Collection

PRA PENDAFTARAN & PILIHAN JAWATAN

Anda boleh membuat pra pendaftaran dan pilihan jawatan terlebih dahulu dipautan yang dikongsikan ini.

  • http://bit.ly/KARNIVALOKUJOHOR
  • Lengkapkan maklumat diri anda.
  • Klik Next untuk pengisian borang yang seterusnya.
  • Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar pra pendaftaran anda.

SENARAI JAWATAN, KATEGORI OKU, GAJI & LOKASI PENEMPATAN

Anda boleh dapatkan senarai jawatan, kategori OKU, gaji dan lokasi penempatan seperti dibawah:

OKU & Peserta Return To Work Dipelawa Mohon Program Temuduga Khas Secara Online. Pelbagai Keistimewaan Menanti Anda

OKU & Peserta Return To Work Dipelawa Mohon Program Temuduga Khas Secara Online. Pelbagai Keistimewaan Menanti Anda

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai ketika temuduga secara online dijalankan seperti:

  • Memakai baju kemeja, berseluar slack, berkasut, rambut dalam keadaan yang rapi dan kemas bagi calon lelaki. Bagi calon wanita pula, berbaju kurung, bertudung dengan kemas, ikat rambut bagi bukan Islam, berkasut dan baju yang sopan.
  • Keadaan ruangan untuk temuduga kemas, background yang tidak bersepah, tidak terlalu bising, tiada gangguan dan selesa.

Anda juga dinasihatkan untuk membuat semakan talian internet agar tiada gangguan internet semasa temuduga dijalankan.

Baca juga: 3 Cara Terbaik Jual Diri Semasa Interview Sampai Majikan Panggil Anda Masuk Bekerja Lebih Awal

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Temuduga Khas OKU dan peserta Return to Work dengan menghubungi pegawai berikut:

  • Cik Sarah: 012-5181 541
  • Cik Liyana: 017-7210 577
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...