Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Wilayah Persekutuan Labuan Yang Dikuarantin

1,431

Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat terutamanya mereka yang dikuarantin, Perbadanan Labuan telah mewujudkan inisiatif Bantuan Kit Makanan bagi membantu golongan B40 yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk pengetahuan anda, permohonan Bantuan Kit Makanan B40 ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 26 Mei 2021 dan permohonannya adalah secara melalui panggilan telefon ke Perbadanan Labuan.

Dapatkan syarat untuk membuat permohonan Bantuan Kit Makanan B40 seperti yang dikongsikan disini.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Bantuan Kit Makanan B40 telah dibuka bermula:

  • 26 Mei 2021

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KIT MAKANAN B40

Syarat permohonan untuk Bantuan Kit Makanan B40 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga daripada golongan B40
  • Keluarga tersebut terjejas akibat kuarantin
  • Permohonan mestilah dibuat daripada Keluarga Isi Rumah (KIR)

Baca juga: Saranan Amalan Kawalan Pergerakan Kendiri & Keluarga (Self Lockdown) Oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CARA MOHON BANTUAN KIT MAKANAN B40

Untuk membuat permohonan pula, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk rujukan anda:

  • Buat panggilan ditalian 087-408758
  • Maklumkan kepada urusetia mengenai Bantuan Kit Makanan.
  • Berikan maklumat anda seperti yang diperlukan oleh Urusetia Bantuan Kit Makanan.
  • Permohonan yang layak akan menerima Bantuan Kit Makanan yang disalurkan terus ke rumah pemohon.
Nota: Panggilan hanya boleh dibuat mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja.

Cara Mohon Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Wilayah Persekutuan Labuan Yang Dikuarantin

JENIS BANTUAN YANG DISALURKAN

Jenis bantuan yang disalurkan untuk golongan B40 yang dikuarantikan adalah makanan asas seperti:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Gula
  • Dan lain-lain

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Wilayah Persekutuan Labuan, sila hubungi Hotline Perbadanan Labuan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...