Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

2,036

Kebanyakan para usahawan dan peniaga sudah mula bangkit daripada masalah perniagaan masing-masing selepas melalui hari-hari yang penuh ranjau semenjak pandemik Covid-19.

Ini kerana pihak kerajaan dan pelbagai pihak yang lain sedaya upaya memberi bantuan kepada para usahawan dan peniaga untuk terus bangkit dan berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Zakat Pulau Pinang juga membuka permohonan dana kepada usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Jika anda berminat untuk membuat permohonan, dapatkan info selanjutnya disini.

ILTIZAM PROGRAM MENTOR USAHAWAN (EMP) IHSAN, ZAKAT PULAU PINANG

Apa itu Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang?

Jika anda nak tahu, Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan adalah kerjasama Zakat Pulau Pinang dengan EKUITI Nasional Bhd (Ekuinas).

Ia bertujuan:

  • Untuk membantu usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Baca juga: Cara Mohon Program Train & Place. Dapatkan Sijil Industri Sektor Perladangan & Penempatan Dengan Gaji RM1200, Daftar Disini

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan bermula:

  • 6 Oktober 2021 hingga 13 Oktober 2021

TUJUAN UTAMA DANA EMP IHSAN

Antara tujuan penggunaan Dana EMP Ihsan adalah untuk:

  1. Keperluan modal perniagaan
  2. Modal perniagaan baru (Setelah kegagalan perniagaan asal akibat impak Covid-19)
  3. Bantuan perbelanjaan operasi

SYARAT PERMOHONAN

Apakah pula syarat permohonan untuk Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan?

Semak disini:

  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya (100%).
  • Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa di lokaliti perniagaan pemohon.
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa
  • Pemohon adalah usahawan asnaf/bekas asnaf/golongan B40 yang terjejas dan kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Permohonan adalah terbuka kepada semua jenis perniagaan dan perkhidmatan dari semua sektor ekonomi yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

CARA MOHON

Jika berminat anda boleh buat permohonan secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

  • Klik Log Masuk dan klik bahagian Daftar Akaun Anda.
  • Lengkapkan borang permohonan anda dan klik Hantar.
  • Kemudian log masuk semula dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Klik menu Bantuan Zakat dan klik Mohon Bantuan seterusnya pilih Bantuan Perniagaan iaitu Program Ekuinas.
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lebih lengkap dan hantar permohonan anda.

Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

Baca juga: [Bantuan Rawatan Asnaf] Rawatan Percuma Golongan B40 Di 2 Fasiliti Milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Dana EMP Ihsan, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf Zakat Pulau Pinang di talian berikut:

  • 011-2872 4588
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...