Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Sertai Program Khas Promosi & Pemasaran Veteran ATM (PRUV-ATM) PERHEBAT. Insentif RM500

1,205

Usahawan Veteran ATM yang mempunyai produk dan perkhidmatan boleh mengikuti Program Khas Promosi dan Pemasaran yang disediakan oleh PERHEBAT.

Antara program yang disediakan ialah Program Bimbingan Usahawan dan Peruncitan serta Program Khas Promosi dan Pemasaran.

Malah, usahawan Veteran ATM juga bakal menikmati pelbagai manfaat yang disediakan dan sangat rugi kalau tidak diambil peluang oleh anda semua.

INSENTIF PROGRAM KHAS PROMOSI & PEMASARAN

Peserta program juga akan diberikan insentif sebanyak:

  • RM500 sebagai pemangkin untuk program promosi dan pemasaran perniagaan.

Baca juga: Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang

MANFAAT PROGRAM KHAS PROMOSI & PEMASARAN

Semua peserta yang mengikuti program promosi dan pemasaran perniagaan ini akan menerima manfaat seperti berikut:

  • Peserta didedahkan dengan kepentingan dan strategi promosi dan pemasaran produk/perkhidmatan
  • Mengenalpasti potensi perniagaan
  • Sasaran peningkatan jualan produk/perkhidmatan seterusnya melonjakkan pendapatan syarikat

SYARAT PENYERTAAN

Jika Veteran ATM berminat untuk mengikuti program ini, dapatkan dahulu syarat penyertaan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua Veteran ATM yang telah mempunyai perniagaan (produk/perkhidmatan).
  • Peserta wajib menyertai Kursus Promosi & Pemasaran oleh PRUV-ATM sebagai pra-syarat kelulusan.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online sahaja.

Klik pautan ini untuk permohonan mengikuti Program Khas Promosi dan Pemasaran (PRUV-ATM):

  • https://t.ly/lSth
  • Isikan borang permohonan, dengan lengkap dan klik SUMBIT untuk menghantar permohonan anda.

Atau buat permohonan dengan mengimbas Kod QR pada poster dibawah:

Cara Sertai Program Khas Promosi & Pemasaran Veteran ATM (PRUV-ATM) PERHEBAT. Insentif RM500

Baca juga: i-RAHMAN Terengganu, Golongan Bujang Pun Boleh Mohon & Miliki Rumah Sendiri

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Program Khas Promosi dan Pemasaran (PRUV-ATM) dengan menghubungi sekretariat PRUV-ATM di talian berikut:

  • Mohd Yusairi: 03-6156 9412 samb. 1205 / 019-513 4921
  • Shahrul Nizan: 03-6156 9412 samb. 1203 / 013-422 9581
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...